ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 95. Tidak melapor atau hadir di hadapan Pendaftar dalam masa yang ditetapkan.

Jika seseorang dikehendaki oleh seksyen 21 atau seksyen 24 untuk melaporkan atau hadir di hadapan seorang Pendaftar dan ianya tidak berbuat demikian dalam masa yang ditetapkan, ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.