ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 7 - PENGHAKIMAN



Seksyen 118. Cara menyampaikan penghakiman.

Penghakiman bagi tiap-tiap perbicaraan dalam mana-mana Mahkamah hendaklah diumumkan dalam Mahkamah terbuka, sama ada pada masa itu juga atau kemudiannya yang mana notis sewajarnya hendaklah diberi kepada pihak-pihak berkenaan atau Peguam Syarie mereka, dan tertuduh hendaklah, jika ianya dalam jagaan, dibawa di hadapan Mahkamah atau, jika bukan dalam jagaan, dikehendaki hadir untuk mendengar penghakiman itu disampaikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.