ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 14. Fakta yang menunjukkan wujudnya keadaan fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh.

Fakta yang menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan fikiran, seperti niat, pengetahuan, suci hati, kecuaian, kegopohan, niat jahat, atau niat baik terhadap seseorang tertentu, atau menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan tubuh badan atau perasaan tubuh, adalah qarinah apabila wujudnya sesuatu keadaan fikiran atau tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi persoalan atau relevan.

Huraian 1- Sesuatu fakta relevan sebagai menunjukkan wujudnya suatu keadaan fikiran yang relevan mestilah menunjukkan bahawa keadaan fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubung dengan perkara tertentu yang dipersoalkan.

Huraian 2 - Tetapi jika dalam perbicaraan seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu oleh orang yang dituduh itu adalah qarinah dalam erti seksyen ini, maka sabitan dahulu orang itu hendaklah juga menjadi suatu qarinah.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.