ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN II - MAJLIS ISLAM SARAWAK
Keanggotaan Majlis dan Pelantikan.



Seksyen 11. Keanggotaan Majlis.

(1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota berikut yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Yang di-Pertua Negeri,-

(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya dalam Ordinan ini dan melainkan jika ternampak yang berlawanan dalam suratcara pelantikan, pelantikan anggota-anggota Majlis hendaklah, melainkan jika mereka terlebih dahulu meletakkan jawatan atau jawatan mereka itu dibatalkan terlebih dahulu, disifatkan telah dibuat bagi tempoh tiga tahun dari tarikh pelantikan itu.

(3) Anggota-anggota Majlis adalah layak untuk dilantik semula setelah tempoh jawatan mereka itu tamat.

(4) Tiada seorang pun yang berumur dua puluh satu tahun atau berumur kurang daripada itu dan tidak menganut agama Islam boleh dilantik menjadi anggota Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.