ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 90. Mahkamah akan memutuskan sama ada keterangan boleh diterima.

(1) Apabila mana-mana pihak bercadang hendak memberi keterangan mengenai sesuatu fakta, Mahkamah bolehlah bertanya kepada pihak yang bercadang hendak memberi keterangan itu, bagaimanakah fakta yang dikatakan itu, jika dibuktikan, akan menjadi relevan dan Mahkamah hendaklah menerima keterangan itu hanya jika difikirkannya bahawa fakta itu, jika dibuktikan, akan menjadi relevan dan tidak sebaliknya.

(2) Jika fakta yang dicadang hendak dibuktikan itu adalah satu fakta yang keterangan mengenainya boleh diterima hanya setelah sesuatu fakta lain dibuktikan, maka fakta yang kemudian tersebut itu mestilah dibuktikan sebelum keterangan diberi mengenai fakta mula-mula tersebut itu, melainkan jika pihak itu sanggup hendak membuktikan fakta itu dan Mahkamah puashati dengan kesanggupan itu.

(3) Jika kerelevanan satu fakta yang dikatakan adalah bergantung kepada terbuktinya terlebih dahulu suatu fakta lain yang dikatakannya, maka Mahkamah boleh, merurut budibicaranya, sama ada membenarkan keterangan mengenai fakta yang pertama itu diberi sebelum fakta yang kedua itu dibuktikan, ataupun menghendaki supaya keterangan diberi mengenai fakta yang kedua itu sebelum keterangan diberi mengenai fakta yang pertama itu.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.