ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
Seksyen 8. Pembatalan perlantikan.
Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan boleh membatalkan perlantikan mana-mana ahli-
(a)
jika kelakuannya sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai ahli atau sebaliknya telah menjadikan buruk nama Majlis; atau
(b)
jika atas sebab dia telah menjadi tidak berkeupayaan menjalankan tugasnya dengan sempurna sebagai ahli; atau
(c)
jika dia, tanpa sebarang alasan seperti pada fikiran Yang di-Pertua adalah mencukupi telah tidak hadir selama tiga kali berturut-turut dalam mesyuarat Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.