ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - PENANGKAPAN, MELARIKAN DIRI DAN PENANGKAPAN SEMULA



Seksyen 25. Penangkapan oleh atau dalam kehadiran Hakim.

Mana-mana Hakim boleh pada bila-bila masa menangkap atau memberi kuasa untuk menangkap dalam kehadirannya dalam kawasan bidangkuasa tempatannya mana-mana orang yang bagi menangkapnya dia berkompeten untuk mengeluarkan waran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.