ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 57. Pendaftaran perceraian di luar Mahkamah
(1) Walau apa pun seksyen 55, seseorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz
talaq
di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan
talaq
itu melaporkan kepada Mahkamah.
(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada
talaq
yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.
(3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa
talaq
yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah—
(a)
mengesahkan perceraian itu;
(b)
merekodkan perceraian itu; dan
(c)
menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.