ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Relif-Relif Lain
Seksyen 106. Kuasa Mahkamah untuk mengetepikan dan menahan perpindahan-perpindahan yang dimaksudkan untuk mengecewakan tuntutan-tuntutan nafkah
(1) Jika—
(a)
sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri belum selesai di Mahkamah;
(b)
sesuatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 58, 60 atau 74 dan belum lagi dibatalkan; atau
(c)
nafkah kena dibayar di bawah mana-mana perjanjian kepada atau bagi faedah seorang isteri atau isteri yang dahulu atau anak,
Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan—
(
aa
) jika Mahkamah berpuas hati bahawa apa-apa perpindahan harta telah dilakukan oleh suami atau suami yang dahulu atau isteri atau isteri yang dahulu atau ibu atau bapa bagi orang yang telah membuat atau yang bagi pihaknya telah dibuat permohonan itu, dalam masa tiga tahun sebelumnya, dengan tujuan di pihak orang yang melakukan perpindahan itu hendak mengurangkan kemampuannya membayar nafkah atau kemampuan suami itu membayar
mut’ah
atau hendak menghalang isterinya atau suaminya, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada apa-apa hak berhubung dengan harta itu, tertakluk kepada subseksyen (2), untuk menghendaki orang yang membuat perpindahan itu membatalkan perpindahan itu; dan
(
bb
) jika Mahkamah berpuas hati bahawa apa-apa perpindahan harta dicadangkan dilakukan dengan apa-apa tujuan sedemikian, untuk memberikan suatu injunksi menegah perpindahan itu.
(2) Bagi maksud seksyen ini—
“harta” ertinya apa-apa jenis harta, alih atau tak alih, dan termasuk wang;
“perpindahan” termasuk sesuatu penjualan, pemberian, pajakan, gadai janji, atau apa-apa urusan lain yang dengannya pemunyaan atau pemilikan harta itu dipindahkan hakmilik atau dibebankan tetapi tidak termasuk sesuatu perpindahan yang dilakukan kerana wang atau sesuatu bernilai wang kepada atau bagi faedah seseorang yang bertindak dengan suci hati dan dengan tidak mengetahui tujuan perpindahan itu dilakukan.
(3) Kegagalan mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dihukum sebagai suatu penghinaan Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.