ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 72. Mahkamah terbuka

(1) Semua perbicaraan dalam Mahkamah Syariah hendaklah, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain dan subseksyen (2), terbuka kepada orang awam.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah boleh memerintahkan keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana perbicaraan diadakan dalam Mahkamah tertutup jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa perintah itu adalah demi kepentingan keadilan atau kesopanan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.