ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 102. Perintah larangan oleh Mahkamah

(1) Walau apa pun peruntukan seksyen 91, Mahkamah boleh, jika difikirkannya perlu berbuat demikian, membuat suatu perintah melarang bapa atau datuk lelaki di sebelah bapa seorang kanak-kanak atau wasi-wasi mereka masing-masing atau wasi-wasi kepada wasi-wasi mereka masing-masing daripada—
tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Mahkamah.

(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak bersalahan dengan perintah itu boleh diisytiharkan sebagai tidak sah, dan atas perisytiharan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.