ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Relif-Relif Lain



Seksyen 107. Injunksi terhadap gangguan atau pencerobohan

(1) Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa dalam masa prosiding hal ehwal suami isteri masih belum selesai atau pada atau selepas pemberian sesuatu perintah perceraian, fasakh, atau pembatalan, untuk memerintahkan mana-mana orang supaya tidak mengganggu atau mencerobohi atau tidak melakukan perbuatan lain ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isterinya.

(2) Kegagalan mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dihukum sebagai suatu penghinaan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.