ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 39. Akad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan

Mana-mana orang, yang mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa mengakadnikahkan mana-mana perkahwinan sedangkan dia tidak diberi kuasa di bawah Enakmen ini untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.