ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 100. Pelantikan Pegawai Masjid

(1) Bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Pulau Pinang, Majlis hendaklah melantik seorang atau beberapa orang Imam, Bilal dan Pembantu Bilal.

(2) Bagi tiap-tiap masjid yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Imam, Bilal dan Pembantu Bilal hendaklah dilantik dari kalangan pegawai dalam perkhidmatan awam Negeri Pulau Pinang atau perkhidmatan awam am Persekutuan.

(3) Bagi tiap-tiap masjid yang tidak ditetapkan di bawah subseksyen (2) Majlis hendaklah melantik Imam dan Bilal dari kalangan ahli kariah bagi masjid itu.

(4) Pembantu Bilal bagi sesuatu masjid hendaklah dilantik dari kalangan ahli kariah bagi masjid itu.

(5) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, tiap-tiap orang yang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa telah menjadi Imam, Bilal atau Pembantu Bilal semua masjid dibawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Imam, Bilal atau Pembantu Bilal masjid itu dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 101, terus memegang jawatan sebagai Imam, Bilal atau Pembantu Bilal masjid itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.