ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN
Seksyen 80. Lamanya tempoh perintah bagi nafkah anak
Kecuali—
(a)
jika sesuatu perintah bagi nafkah seseorang anak dinyatakan sebagai selama apa-apa tempoh yang lebih singkat;
(b)
jika mana-mana perintah itu telah dibatalkan; atau
(c)
jika mana-mana perintah itu dibuat untuk—
(i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berupaya untuk menanggung nafkah dirinya; atau
(ii) seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berupaya untuk menanggung nafkah dirinya,
perintah bagi nafkah hendaklah habis tempoh apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh atas permohonan anak itu atau oleh mana-mana orang lain, melanjutkan perintah bagi nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, untuk membolehkan anak itu mengikuti pendidikan atau latihan lanjut atau lebih tinggi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.