ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - PENANGKAPAN, MELARIKAN DIRI DAN PENANGKAPAN SEMULA
Seksyen 21. Memburu pesalah.
Bagi tujuan menangkap mana-mana orang yang dia ada kuasa untuk menangkapnya tanpa waran di bawah Enakmen ini, seorang pegawai polis bolehlah memburu orang itu di mana-mana tempat di dalam Malaysia.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.