ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - PENANGKAPAN, MELARIKAN DIRI DAN PENANGKAPAN SEMULA
Seksyen 23. Melepaskan orang yang telah ditangkap.
Mana-mana orang yang telah ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis di bawah Enakmen ini tidaklah boleh dilepaskan kecuali atas bon jaminan atau di bawah perintah bertulis seorang Hakim atau Ketua Penguatkuasa Agama atau seorang pegawai polis yang tidak kurang pangkatnya daripada Inspektor.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.