ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 44. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti

(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Pulau Pinang.

(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Pulau Pinang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Pulau Pinang dan hendaklah terus memegang jawatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.