ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN XI - AM



Seksyen 124. Pemansuhan

(1) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 [Enakmen No. 7 tahun 1993] adalah dimansuhkan.

(2) Jika mana-mana kes atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana mahkamah pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini, peruntukan Enakmen ini hendaklah terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang tidak menyebabkan ketakadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.