ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.