ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 16. Setiausaha

(1) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang hendaklah melantik seseorang menjadi Setiausaha Majlis.

(2) Setiausaha hendaklah menjadi Ketua Pentadbir Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dasar dan ketetapan Majlis.

(3) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Yang di-Pertua kepadanya, Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua surat-menyurat dan dokumen Majlis, dan hendaklah dalam apa-apa hal lain menjalankan apa-apa tugas yang dikenakan ke atasnya oleh Enakmen ini atau yang diberikan kepadanya oleh Yang di-Pertua.

(4) Setiausaha berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitiannya, tetapi tidak berhak mengundi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.