ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan
Seksyen 20. Tempat perkahwinan
(1) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syarie yang memberikan kebenaran berkahwin di bawah seksyen 17 atau 18 boleh memberikan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada di dalam Negeri Sembilan atau di dalam mana-mana Negeri.
(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberikan di bawah seksyen 17 atau 18.
(3) Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain daripada kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin jika—
(a)
dalam hal jika perempuan itu bermastautin di dalam Negeri Sembilan, kebenaran berkahwin telah diberikan di bawah seksyen 17 atau 18 dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain telah diberikan di bawah subseksyen (1); atau
(b)
dalam hal jika perempuan itu bermastautin di dalam sesuatu Negeri, kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain telah diberikan oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.