ENAKMEN 4 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 240. Kehadiran sendiri

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain, Mahkamah boleh jika difikirkannya perlu memerintahkan supaya mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding hadir sendiri pada bila-bila masa, melainkan jika pihak itu berada di luar negeri, dan kegagalan untuk mematuhi perintah itu dengan sengaja hendaklah menjadi suatu penghinaan mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.