ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 83. Perbelanjaan Majlis

Semua kos, bayaran dan belanja untuk mentadbirkan harta dan aset yang terletakhak pada Majlis, termasuk kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana harta tak alih, gaji dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau anggota Majlis, berkenaan dengan perkhidmatannya sebagai pekhidmat, pegawai atau anggota Majlis, hendaklah dibayar daripada harta dan aset Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.