ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 31. Jawatankuasa tatatertib

(1) Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori yang berlainan untuk pegawai-pegawai dan pekhidmatnya.

(2) Yang berikut hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa tatatertib:
(3) Sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.

(4) Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 32.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.