ENAKMEN 4 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.