ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Besar melalui pemberitahuan dalam Warta dan Yang di-Pertuan Besar boleh melantik tarikh yang berlainan bagi Bahagian atau peruntukan yang berlainan dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.