ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 112. Perakuan Memeluk Agama Islam

(1) Pendaftar hendaklah memberi tiap-tiap orang yang pemelukan agama Islam olehnya telah didaftarkan suatu Perakuan Memeluk Agama Islam dalam bentuk yang ditetapkan.

(2) Perakuan Memeluk Agama Islam hendaklah menjadi bukti muktamad tentang fakta yang dinyatakan dalam Perakuan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.