ENAKMEN 4 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM



Seksyen 207. Membenarkan pendapatan daripada harta yang menjadi hal perkara prosiding

Jika apa-apa harta alih atau harta tak alih menjadi hal perkara mana-mana prosiding, dan Mahkamah berpuas hati bahawa harta itu lebih daripada mencukupi untuk menjawab segala tuntutan mengenainya yang baginya peruntukan patut dibuat dalam prosiding itu, Mahkamah boleh pada bila-bila masa membenarkan keseluruhan atau sebahagian pendapatan daripada harta itu dibayar, selama apa-apa tempoh yang diarahkan olehnya, kepada mana-mana atau kesemua pihak yang mempunyai kepentingan dalamnya atau boleh mengarahkan supaya mana-mana bahagian harta alih itu dipindahmilikkan atau dihantarserahkan kepada mana-mana atau kesemua pihak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.