ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 76. Pelindungan Hakim, pegawai Mahkamah, dll.

(1) Tiada seorang pun Hakim Mahkamah Rayuan Syariahatau Hakim Syarie boleh dibawa guaman terhadap mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil bagi apa-apa perbuatan yang dilakukan atau diperintahkan olehnya supaya dilakukan dalam menjalankan tugas kehakimannya, sama ada dalam had bidang kuasanya atau tidak, dan tiada apa-apa perintah bagi kos boleh dibuat terhadapnya, dengan syarat bahawa dia pada masa itu dengan suci hati percaya bahawa diamempunyai bidang kuasa untuk melakukan atau memerintahkan perbuatan yang dimusykilkan itu.

(2) Tiada pegawai mana-mana Mahkamah atau orang lain yang terikat untuk melaksanakan waran atau perintah yang sah di sisi undang-undang yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim Syarie boleh dibawa guaman terhadapnya dalam mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil bagi melaksanakan waran atau perintah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.