ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 25. Permohonan cuti oleh Yang di-Pertua dan anggota lain

(1) Jika Yang di-Pertua menjangka dia akan tidak berada di Malaysia selama lebih daripada tiga puluh hari, dia hendaklah memohon cuti daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2) Jika mana-mana anggota Majlis selain daripada yang disebut dalam subseksyen 11(1)(c) menjangka dia tidak akan berada di Malaysia selama lebih daripada tiga puluh hari, dia hendaklah memohon cuti daripada Yang di-Pertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.