ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Seksyen 32. Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang
Tiada seseorang, selain Pendaftar boleh—
(a)
menyimpan apa-apa buku yang merupakan atau yang berupa suatu daftar yang disimpan mengikut Enakmen ini; atau
(b)
mengeluarkan kepada mana-mana orang apa-apa dokumen yang merupakan atau yang berupa suatu salinan perakuan perkahwinan atau perakuan perkahwinan yang didaftarkan oleh Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.