ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 88. Rayuan

(1) Mana-mana orang bolehlah membuat rayuan kepada Majlis terhadap mana-mana tuntutan bayaran zakat atau fitrah ke atasnya.

(2) Majlis hendaklah menimbang rayuan itu dan boleh memerintahkan bahawa orang itu hendaklah membayar amaun zakat atau fitrah yang dituntut ke atasnya, atau amaun yang kurang, sebagaimana difikirkan patut oleh Majlis atau boleh memerintahkan bahawa orang itu tidak dikehendaki daripada membayar zakat atau fitrah atau salah satu daripadanya dalam sesuatu tahun tertentu atau beberapa tahun.

(3) Keputusan Majlis terhadap rayuan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan lagi di dalam mana-mana mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.