ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - PENANGKAPAN, MELARIKAN DIRI DAN PENANGKAPAN SEMULA



Seksyen 24. Kesalahan yang dilakukan dalam kehadiran Hakim.

Apabila sesuatu kesalahan dilakukan dalam kehadiran Hakim di dalam kawasan bidangkuasa tempatannya, maka bolehlah dia sendiri menangkap atau memberi kuasa kepada mana-mana orang supaya menangkap pesalah itu, dan bolehlah sesudah itu, tertakluk kepada peruntukan dalam Enakmen ini mengenai jaminan, meletakkan orang itu dalam jagaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.