ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadhanah atau Penjagaan Kanak-Kanak
Seksyen 84. Bagaimana hak penjagaan hilang
Hak seseorang perempuan terhadap
hadhanah
hilang—
(a)
jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang melarang orang itu berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;
(b)
jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(c)
jika perempuan itu menukar permastautinannya dengan tujuan untuk menghalang bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh membawa anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
(d)
jika perempuan itu
murtad;
(e)
jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.