ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak
Seksyen 113. Kelahiran selepas pengakuan bahawa ‘iddah telah tamat
Jika seseorang perempuan, yang tidak berkahwin semula, membuat suatu pengakuan bahawa tempoh
‘iddah
nya telah tamat, sama ada
‘iddah
itu adalah oleh sebab kematian atau perceraian, dan perempuan itu kemudiannya melahirkan seorang anak, maka suami perempuan itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu melainkan jika anak itu telah dilahirkan kurang daripada empat tahun qamariah dari tarikh perkahwinan itu dibubarkan oleh sebab kematian suaminya itu atau oleh sebab perceraian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.