ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 102. Tempoh jawatan Pegawai Masjid

(1) Pelantikan seseorang Pegawai Masjid selain Imam, Bilal dan Pembantu Bilal bagi masjid yang ditetapkan di bawah subseksyen 100(2) atau disifatkan telah dilantik di bawah subseksyen 100(5) sebagai Pegawai Masjid, boleh ditamatkan dengan notis bertulis oleh Majlis.

(2) Tiada seorang pun Pegawai Masjid yang dilantik atau disifatkan dilantik di bawah subseksyen 100(5) boleh terus memegang jawatan itu selepas mencapai umur enam puluh tahun:

Dengan syarat Majlis boleh, jika difikirkannya sesuai, melantik mana-mana orang menjadi Pegawai Masjid walaupun orang itu telah mencapai umur 60 tahun atau melanjutkan tempoh perkhidmatan Pegawai Masjid yang telah mencapai umur 60 tahun.

(3) Setiausaha hendaklah memaklumkan kepada Majlis apa-apa kelakuan yang memalukan bagi pihak mana-mana Pegawai Masjid, sama ada yang berhubungan dengan tugasnya sebagai Pegawai Masjid atau sebagainya, dan membuat apa-apa syor yang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.