ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - PENANGKAPAN, MELARIKAN DIRI DAN PENANGKAPAN SEMULA



Seksyen 13. Kuasa memecahkan mana-mana tempat bagi maksud melepaskan diri.

Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang lain yang berkuasa untuk membuat penangkapan bolehlah memecahkan mana-mana tempat untuk melepaskan dirinya sendiri atau mana-mana orang lain yang, setelah masuk ke tempat itu secara sah mengikut undang-undang bagi maksud melakukan penangkapan telah terkurung di dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.