ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 84. Akaun bank

(1) Majlis boleh mengendalikan apa-apa akaun atau akaun-akaun yang difikirkannya patut dengan mana-mana bank yang pilihannya.

(2) Pembayaran oleh Majlis amaun yang melebihi lima ratus ringgit hendaklah dibuat dengan cek.

(3) Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang diperuntukkan dalam Tatacara Kewangan Majlis.

(4) Cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah ditandatangani oleh Yang di-Pertua atau oleh mana-mana pegawai atau anggota Majlis atau mana-mana pegawai lain yang diberikuasa oleh Yang di-Pertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.