ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN X - AM
Seksyen 135. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
(1) Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta
, membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia amalan dan tatacara dalam semua prosiding hal ehwal suami isteri di bawah Enakmen ini sebagaimana yang difikirkannya suaimanfaat dan kaedah-kaedah untuk menetapkan dan mengawal selia fi dan kos yang kena dibayar dalam semua prosiding itu; tertakluk kepada itu, semua prosiding di bawah Enakmen ini hendaklah dikawal selia oleh amalan dan tatacara Mahkamah yang ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran, setakat yang amalan dan tatacara itu tidak berlawanan dengan Enakmen ini.
(2) Dalam perkara amalan dan tatacara dalam prosiding hal ehwal suami isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini atau dalam Enakmen Pentadbiran, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan tatacara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi membereskan perkara-perkara yang menjadi isu antara pihak-pihak.
(3) Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam
Warta
, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Enakmen ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut itu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi—
(a)
cara bagaimana Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan
Ruju
’ Orang Islam hendak menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada mereka oleh Enakmen ini;
(b)
bentuk Daftar Perkahwinan, Perceraian dan
Ruju
’ dan perakuan nikah, perceraian dan
ruju’
dan cara bagaimana Daftar dan perakuan dikehendaki disimpan;
(c)
membekal dan menyimpan dengan selamat Daftar Perkahwinan, Perceraian dan
Ruju
’, buku nota Pendaftar, dan segala akuan yang dibuat bagi maksud Enakmen ini;
(d)
menyediakan dan mengemukakan penyata-penyata perkahwinan, perceraian dan
ruju’
yang didaftarkan di bawah Enakmen ini;
(e)
bentuk apa-apa perakuan, notis, atau dokumen lain bagi maksud melaksanakan Enakmen ini;
(f)
membuat carian dan memberikan salinan yang diperakui;
(g)
fi yang boleh dikenakan bagi maksud-maksud Enakmen ini;
(h)
hukuman kerana melanggar atau tidak mematuhi mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini; dan
(i)
perkara-perkara lain bagi maksud melaksanakan Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.