ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 45. Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan
talaq
kecuali—
(
a
) jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan didaftarkan di bawah Enakmen ini;
(
b
) jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syarak; atau
(
c
) jika permastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah di dalam Negeri Sembilan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.