ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - PENANGKAPAN, MELARIKAN DIRI DAN PENANGKAPAN SEMULA
Seksyen 14. Dihalang menahan secara berlebih-lebihan dan cara memeriksa seseorang.
(1) Orang yang kena tangkap itu tidaklah boleh dihalang lebih daripada yang perlu bagi menahannya daripada melarikan diri.
(2) Bila-bila masa sahaja seseorang itu perlu diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dijalankan oleh orang yang sama jantina dengan memelihara kesusilaan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.