ENAKMEN 4 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 1 - PROSIDING INTERLOKUTORI
Seksyen 190. Afidavit
(1) Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan afidavit.
(2) Mana-mana pihak—
(a)
yang memfailkan afidavit yang dicadangkan hendak digunakan olehnya dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan permohonan itu; atau
(b)
yang bercadang untuk menggunakan dalam mana-mana prosiding sedemikian apa-apa afidavit yang difailkan olehnya dalam prosiding yang terdahulu,
hendaklah memberikan notis kepada tiap-tiap pihak lain tentang pemfailan itu atau tentang cadangannya hendak berbuat demikian, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.