ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 47. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa

Tertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Agong, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi atau yang berhubungan dengan Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.