ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 91. Pelantikan penjaga oleh Mahkamah

(1) Jika tidak ada penjaga-penjaga di sisi undang-undang, maka kewajipan bagi melantik seseorang penjaga untuk melindungi dan memelihara harta kanak-kanak itu terletak pada Mahkamah, dan dalam membuat sesuatu pelantikan Mahkamah hendaklah terutama sekali memberi pertimbangan kepada kebajikan kanak-kanak itu.

(2) Dalam menimbangkan yang apakah akan menjadi kebajikan bagi kanak-kanak itu, Mahkamah hendaklah mengambil kira umur dan jantina kanak-kanak itu, watak dan keupayaan penjaga yang dicadangkan itu dan bagaimana rapat persaudaraannya dengan kanak-kanak itu; kemahuan-kemahuan, jika ada, ibu bapanya yang telah mati; dan apa-apa hubungan penjaga yang dicadangkan itu yang sedia ada dan yang dahulu dengan kanak-kanak itu atau hartanya, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur yang membolehkannya membuat sesuatu pilihan yang bijak, maka Mahkamah boleh menimbangkan pilihannya itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.