ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 14. Perkahwinan seseorang perempuan
(1) Tiada seseorang perempuan boleh, semasa perkahwinannya dengan seorang lelaki wujud, berkahwin dengan seseorang lelaki lain.
(2) Jika perempuan itu ialah seorang janda—
(a)
tertakluk kepada perenggan
(c)
, dia tidak boleh, pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh ‘
iddah
nya, yang hendaklah dikira mengikut Hukum Syarak, berkahwin dengan mana-mana orang melainkan kepada lelaki yang dengannya dia akhir sekali bercerai;
(b)
dia tidak boleh berkahwin melainkan jika dia telah mengemukakan—
(i) suatu surat perakuan cerai yang sah yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang sedang berkuat kuasa;
(ii) suatu salinan yang diperakui bagi catatan yang berkaitan dengan perceraiannya dalam daftar perceraian yang berkenaan; atau
(iii) suatu perakuan, yang boleh diberikan atas permohonannya selepas penyiasatan yang wajar oleh Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana permohonan itu dibuat, yang bermaksud bahawa dia ialah seorang janda; dan
(c)
jika perceraian itu adalah dengan
ba-in kubra
, iaitu tiga
talaq
, dia tidak boleh berkahwin semula dengan suaminya yang dahulu itu, melainkan jika dia telah berkahwin dengan sah dengan seorang lain dan dia telah disetubuhi oleh seorang lain itu semasa perkahwinan itu dan perkahwinan itu dibubarkan kemudiannya dengan sah dan setelah habis
‘iddah
nya.
(3) Jika perempuan itu mendakwa bahawa dia telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh suaminya semasa perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam masa biasa
‘iddah
bagi sesuatu perceraian, berkahwin dengan mana-mana orang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin.
(4) Jika perempuan itu ialah seorang balu—
(a)
dia tidak boleh berkahwin dengan mana-mana orang pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh
‘iddah
nya yang hendaklah dikira mengikut Hukum Syarak; dan
(b)
dia tidak boleh berkahwin melainkan jika dia telah mengemukakan surat perakuan kematian suaminya atau dengan cara lain membuktikan kematian suaminya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.