ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN II - PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
Seksyen 7. Bidangkuasa Jenayah Hakim.
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil tahu tentang dan mempunyai kuasa untuk -
(
a
) Mendengar, membicara, memutus dan menyelesaikan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya dalam bidangkuasa tempatan Hakim tersebut dan yang boleh dibicarakan oleh Hakim tersebut;
(
b
) menyiasat aduan berkenaan dengan kesalahan dan menyaman serta memeriksa saksi-saksi mengenai kesalahan itu dan menyaman serta menangkap dan mengeluarkan waran untuk menangkap penjenayah dan pesalah dan membicarakan mereka mengikut undang-undang;
(
c
) mengeluarkan waran untuk mengeledah atau menyebabkan digeledah tempat-tempat di mana apa-apa barang atau benda yang mana atau berkenaan dengan mana-mana telah dilakukan dikatakan disimpan atau disembunyikan, dan menghendaki orang-orang memberikan jaminan supaya mereka berkelakuan baik mengikut undang-undang; dan
(
d
) melakukan semua perkara dan mengambil semua tindakan yang seorang Hakim diberikan kuasa oleh mana-mana undang-undang bertulis untuk melakukannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.