ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 63. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan cagaran diberikan bagi nafkah

Mahkamah boleh, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau apa-apa bahagiannya dengan meletakhakkan apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah atas amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.