ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Relif-Relif Lain



Seksyen 108. Perintah tegahan melupuskan harta sepencarian

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan—
mengeluarkan suatu perintah menegah suami atau isteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada melupuskan apa-apa harta yang telah diperoleh semasa perkahwinan mereka berkuat kuasa jika Mahkamah berpuas hati bahawa perlu untuk berbuat demikian.

(2) Kegagalan mematuhi sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dihukum sebagai suatu penghinaan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.