ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN DAN PEWAKILAN



Seksyen 78. Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie

(1) Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis, boleh melantik seseorang yang berkelayakan daripada perkhidmatan awam am Persekutuan untuk menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagimemulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.

(3) Majlis boleh melantik orang yang layak dan sesuai daripada kalangan perkhidmatan awam am Persekutuan menjadi Pendakwa Syarie.

(4) Pendakwa Syarie hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diberikan kepada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie, kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.